Video oleh YATIMIN ABDULLAH

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah berkata, kenam-enam suspek yang ditangkap berusia antara 17 hingga 20 tahun dalam operasi bermula 11 malam.

Menurutnya, empat daripada mereka berasal dari Bunut Susu di sini manakala selebihnya dari sekitar jajahan ini dan Kota Bharu.

"Hasil operasi itu, polis menemui empat buah motosikal yang masih lengkap dan tiga buah rangka. Ketiga-tiga rangka itu kita temui di dalam kawasan tali air Kampung Kochang.

"Operasi memburu saki baki suspek termasuk ketua kumpulan iaitu Khairi sedang giat dilakukan," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Pasir Mas, di sini hari ini.

Abdullah memberitahu, kejayaan itu adalah hasil maklumat orang awam yang telah membantu menurunkan kadar jenayah curi motosikal di Pasir Mas. - UTUSAN ONLINE