Dalam serbuan kira-kira pukul 7.20 petang itu polis turut merampas 12,769 gram pelbagai jenis dadah bernilai RM1.06 juta. 

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, kesemua suspek berusia 23 hingga 35 tahun yang ditahan itu dipercayai membekalkan dadah kepada orang tengah atau ejen sebelum dijual ke premis hiburan sekitar Lembah Klang. 

“Hasil pemeriksaan mendapati kesemua suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan negatif dadah. 

“Mereka kini direman tujuh hari bermula 6 Julai lalu sehingga 12 Julai ini bagi menjalankan siasatan di bawah Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE