Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

[VIDEO] Direman seleweng RM40 juta dana kerajaan

REMAN
EMPAT individu direman. - UTUSAN

PUTRAJAYA 14 Sept.- Empat individu termasuk Ketua Eksekutif sebuah perbadanan bergelar Datuk direman enam hari bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan dana kerajaan RM40 juta untuk tujuan program latihan.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman yang membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat keempat-empat lelaki terbabit.

Mereka direman mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 sehingga 19 September ini.

Selain individu berstatus Datuk itu, tiga suspek lain yang direman adalah setiausaha perbadanan, penolong pegawai kewangan dan pengarah syarikat bergelar doktor.

Kesemua mereka ditahan di beberapa lokasi di ibu negara antara pukul 4.30 dan 6 petang semalam dalam satu operasi khas yang dilancar SPRM.

Difahamkan, siasatan awal SPRM mendapati pada tahun 2016, salah seorang suspek disyaki menyeleweng sebanyak RM15 juta manakala RM25 juta pula pada tahun ini.

Menurut sumber SPRM, kerajaan telah memperuntukkan RM40 juta untuk tahun ini kepada perbadanan itu bagi mengendalikan program-program latihan dan pada tahun 2016, sejumlah RM35 juta turut diperuntukkan.

Dana itu diberi kerajaan untuk mengendalikan program-program latihan kemahiran khusus kepada mereka yang tidak mempunyai pekerjaan. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain