Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, dalam kejadian pukul 4 pagi itu, mangsa mengalami kecederaan pada lengan tangan sebelah kiri, luka di perut, badan dan sakit di bahagian kepala akibat ditikam dengan pisau lipat dan dipukul kedua-dua suspek.

“Kejadian dipercayai berlaku apabila kedua-dua suspek yang menaiki kereta Mercedes-Benz berwarna hitam yang tidak dapat dipastikan nombor pendaftarannya kerana tidak berpuas hati apabila mangsa membunyikan hon kepada mereka.

“Suspek telah mengarahkan mangsa keluar dari keretanya sebelum bertindak menikam dan memukulnya di beberapa anggota badan beberapa kali,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi. 

Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kejadian itu diminta menghubungi balai polis berhampiran. - UTUSAN ONLINE