Video oleh GHAZALI BASRI

Majistret Izuddin Mohd. Shukri menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh, Muhammad Asyraf Baharudin, 24, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan.

Dia diarahkan menjalani hukuman tersebut bermula tarikh sabitan hari ini.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap mangsa yang berusia 36 tahun dengan menunjukkan kemaluan di kaunter sebuah kedai runcit di Pasir Hor, di sini kira-kira pukul 8.57 pagi pada 8 Februari lalu.

Tertuduh juga mengulangi lagi perbuatan sama pada pukul 8.53 pagi, 12 Februari lalu dan pada pukul 9.02 pagi, 14 Februari lalu di lokasi sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum dua tahun.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Amirda Shasha Amir Shariffuddin manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan. - UTUSAN ONLINE