Lelaki berusia 39 tahun yang cuba melarikan diri menaiki sebuah teksi itu ditahan anggota Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (Stafoc) Bukit Aman.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, polis turut menemukan sepucuk pistol semi automatik berserta 23 butir peluru kaliber 380.

"Suspek utama yang dicekup ini dipercayai membawa lari mangsa ke Batam, Indonesia menggunakan bot melalui laluan haram di Pengerang.

"Pemandu teksi terbabit turut ditahan untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan. Jika dia tiada kaitan dalam kes ini kita akan lepaskannya," katanya dalam sidang akhbar di Balai Polis Yong Peng, di sini sebentar tadi. -UTUSAN ONLINE


Video oleh NUR AISYAH MAZALAN