Dalam serbuan kira-kira pukul 2.30 petang itu, seorang lelaki berusia 40-an yang bertindak sebagai ketua ditahan bersama dua pekerjanya iaifu dua wanita warga Vietnam berusia 20-an dan 60-an.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, pihaknya menemukan serbuk ekstasi seberat 5,116 gram, ketamin (21.4 gram) dan dua ketulan mampat ganja yang keseluruhannya berjumlah RM514,330.

“Kita juga merampas peralatan memproses dadah antaranya alat pengisar elektrik, lesung batu dan plastik lutsinar.

“Kita percaya kumpulan ini menggunakan taktik baharu dengan mengedar dadah dalam bentuk serbuk minuman supaya kegiatan mereka sukar dikesan pihak berkuasa,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Tambah beliau, siasatan sedang giat dijalankan bagi mengenal pasti pasaran kumpulan berkenaan kerana setakat ini penjualan serbuk minuman tersebut masih belum ditemukan di pusat-pusat hiburan di kawasan Ampang Jaya.-UTUSAN ONLINE