Dalam operasi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman bersama Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) dan JSJN Kuala Lumpur bermula pada pukul 5.15 petang hingga 5.50 petang itu, lapan ahli sindiket termasuk dua wanita berusia antara 19 dan 34 tahun turut ditahan.

Timbalan Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Kamarulzaman Mamat berkata, dalam serbuan tersebut, pihaknya merampas sebanyak 67 kilogram (kg) dadah jenis ekstasi, syabu (36.3 kg), kokain (6.5 kg) dan enam gram ketamin.

Menurutnya, sebanyak enam kenderaan mewah, pelbagai jenis barangan kemas dan wang tunai bernilai RM4,972 turut disita.

“Hasil siasatan mendapati sindiket ini menggunakan rumah sewa di sekitar Jalan Klang Lama dan Salak Selatan sebagai tempat menyimpan bekalan dadah sebelum diedarkan di pasaran tempatan.

“Kesemua suspek kini dalam tahanan reman sehingga 18 April bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - UTUSAN ONLINE