Perintah itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, Roszita Md. Saad di sini hari ini.

Kesemua pelajar terbabit disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh selepas dipercayai terlibat membuli tiga pelajar tahun satu dan dua di kolej berkenaan dalam tiga kejadian dengan yang terkini pagi semalam.

Dalam kejadian 1.30 pagi semalam, dua pelajar tahun satu yang berusia 16 tahun mendakwa mengalami kecederaan di beberapa anggota badan setelah dipukul beberapa pelajar senior dengan seorang daripada mangsa kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

Kejadian tersebut dikatakan berpunca daripada keengganan kedua-dua mangsa mengikut arahan pelajar senior.

Satu lagi kes membabitkan pelajar tahun dua berusia 17 tahun yang mendakwa dipukul oleh kumpulan pelajar yang sama ketika berada di surau pada 9.30 malam sebelum dipukul sekali lagi di asrama kolej kira-kira sejam kemudian dalam kejadian Isnin lalu.

Akibat kejadian, mangsa turut dirawat di hospital sama. – BERNAMA