Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

[VIDEO] Bapa, teman wanita digantung bunuh anak

MOHD Imran Mohd Ramly (belakang) bersama teman wanitanya Norhidayah Mamid dijatuhi hukuman gantung s
MOHD Imran Mohd Ramly (belakang) bersama teman wanitanya Norhidayah Mamid dijatuhi hukuman gantung sampai mati atas kesalahan membunuh seorang kanak-kanak berumur tiga tahun yang juga merupakan anak lelaki tersebut pada tahun 2013 di Mahkamah Tinggi di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE/Raja Jaafar Ali

JOHOR BAHRU 15 Mac - Seorang bapa dan teman wanitanya dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi, di sini hari ini atas tuduhan membunuh anak lelakinya berusia tiga tahun pada Disember 2013.

Mohd. Imran Mohd. Ramly, 34, dan Norhidayah Mamid, 30, dituduh membunuh anaknya, Muhammad Aqeef Adam Mohd. Imran, 3, di rumah bernombor A 2-22 Apartment Sri Putra, Jalan Meranti 7, Kulai, pada 16 hingga 19 Disember 2013.

Hakim, Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan tersebut selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Pasangan itu dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Iffa Zarilla Abd. Rahman manakala Mohd. Imran diwakili peguam bela, Normah Mohd. Desa dan Norhidayah pula diwakili Shaharuddin Osman. - UTUSAN ONLINE


Video oleh RAJA JAAFAR ALI

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain