Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

[VIDEO] Aset Isa tidak dibekukan

aset isa
AHMAD Yakob menyerahkan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) kepada Dzulkifli Ahmad Majlis Lafaz dan Mendatangani IBR Menteri Besar dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Megeri di Bilik Gerakan Negeri, Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu hari ini. - UTUSAN

KOTA BHARU 16 Ogos - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih mengumpulkan maklumat sama ada akan membekukan atau tidak aset milik bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata, pada ketika ini pihaknya sedang menunggu maklumat daripada pegawai-pegawai penyiasat sebelum mengambil tindakan lanjut.

Beliau berkata, sejak sebulan isu pembelian dua buah hotel di London dan Kuching, Sarawak oleh Felda Investment Corporation (FIC) disiasat, pihaknya telah merakamkan lebih 40 keterangan daripada pelbagai pihak.

“Saya tidak kata beliau (Mohd. Isa) ambil duit... jangan buat sebarang spekulasi kerana siasatan sedang dijalankan.

“Kita mungkin akan memanggil beberapa individu lagi untuk mengambil kenyataan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Lafaz dan Mendatangani Ikrar Bebas Rasuah Menteri Besar dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Megeri di Bilik Gerakan Negeri, Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad. - UTUSAN ONLINE

Video oleh AZRAN FITRI RAHIM

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain