Pengerusi Jawatan Kuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru negeri, Ng Sze Han berkata, pihaknya memandang serius tentang masalah arak haram di negeri itu.

“Buat masa ini, kami masih lagi mengesan pemilik premis-premis ini. Mereka menjalankan perniagaan tanpa lesen yang sah.

“Satu mesyuarat akan diadakan dalam masa terdekat bagi memastikan kawalan terhadap arak tiruan lebih baik di negeri ini,” katanya ketika ditemui dalam serbuan tersebut hari ini. - UTUSAN ONLINE