Perintah tahanan reman terhadap anggota polis berpangkat koperal dan berumur 40 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Khairul Nizam Abu Bakar selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasatnya di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Anggota polis yang bertugas di Klang itu ditahan SPRM kira-kira pukul 4 petang semalam di pejabat SPRM Selangor ketika hadir memberi keterangan.

Menurut sumber, suspek dipercayai telah meminta dan menerima wang sebanyak RM10,000 sebagai balasan melepaskan orang awam yang ditahan atas kesalahan dadah. - UTUSAN ONLINE