Komandernya, DSP Syed Basri Syed Ali berkata, rampasan itu dibuat oleh pasukan risik Aksem Padang Besar setelah menahan dua lelaki warga tempatan yang menaiki kenderaan jenis Honda Accord di kawasan perindustrian Kampung Kolam, di sini pada 6.45 petang.

"Hasil pemeriksaan menjumpai 405 kartun rokok kretek pelbagai jenama bernilai RM254,562 dan sembilan kartun minuman keras berjenama Johnnie Walker Gold Label Reserve bernilai RM12,474.

"Semua barang tersebut dibungkus dalam plastik hitam dan disorok dalam setiap kompartmen kenderaan itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, kenderaan bernombor pendaftaran Thailand yang digunakan kedua-dua suspek turut disita, selain barang rampasan diserahkan kepada Jabatan Kastam Negeri untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 kerana mengangkut barangan belum mendapat kelulusan Kastam,” katanya. - BERNAMA