Beliau menggantikan Tan Sri Noor Rashid Ibrahim yang bersara pada Ahad ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi berkata, pihaknya yakin Abdul Hamid akan memikul amanah tersebut dengan cemerlang.

“Saya yakin sahabat lama ini akan meneruskan legasi kerana kita bekerja bukan kepentingan diri tetapi demi menjaga amanah diberi,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Timbalan Ketua Polis Negara dan Naib Pengerusi Persatuan Isteri-Isteri Polis (Perkep) di sini hari ini.

Majlis serah terima tugas itu berlangsung di Dewan Tan Sri Khalid Abu Bakar, Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Majlis tersebut turut menyaksikan penyerahan dokumen Naib Pengerusi Perkep antara Puan Sri Shahriza [email protected] kepada Datin Seri Nor Azrin Marzuki. - UTUSAN ONLINE