Perintah tahanan tersebut terhadap suspek berusia antara 30-an hingga 59 tahun dikeluarkan oleh Majistret Humairah KM Haider di sini.

Ketujuh-tujuh suspek yang memakai baju lokap berwarna jingga sebelum itu tiba di kompleks mahkamah berkenaan pada pukul 9.20 pagi dan keluar lebih sejam kemudian diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mereka terdiri daripada empat pegawai kanan Paip termasuk seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) dan tiga pemilik syarikat yang disyaki bersekongkol dengan pegawai-pegawai berkenaan untuk memonopoli projek pembekalan air di negeri.

Kesemua mereka ditahan dalam satu operasi besar-besaran yang dikenali ‘Op Cuci’ yang dilakukan SPRM semalam.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. - UTUSAN ONLINE