Video oleh MOHD. SHAHARANI SAIBI

Tertuduh S. R. Jevan, 42; S. Surendran, 35; S. Mohan, 33; S. Prakhas, 34; A. K. Muniandy, 60; P. Uthaya Kumar, 25 dan Barique, 37, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan bersama di hadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan dan ikat jamin ditawarkan kepada kesemua tertuduh.

Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh bersama seorang lagi individu yang telah didakwa menculik lelaki bernama P. Pratap, 35, dengan tujuan mendapatkan wang tebusan sebanyak RM300,000.

Kesalahan itu dilakukan di Jalan 1B/8 Bandar Baru Sungai Buloh pada pukul 9.10 malam, 12 Disember tahun lalu.

Jesteru, kesemua tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum bawah Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 (365) yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, kesemua terduduh boleh dihukum mati mandatori atau dipenjara seumur hidup dan jika tidak dikenakan hukuman mati, boleh dikenakan sebatan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Megat Mahathir Megat Tharih Afendi.

Kes disebut semula pada 13 Mac ini. - UTUSAN ONLINE