Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Adnan Azizon berkata, keseluruhan rampasan dadah termasuk wang tunai dan sebuah kereta jenis Mini Cooper dianggarkan bernilai hampir RM300,000.

“Kesemua tangkapan berusia antara 27 hingga 58 tahun dan masing-masing ditahan di sebuah hotel di Jalan Metro Pudu, sebuah kafe di Jalan Kuching, sebuah kondominium di Jalan Kuchai Lama dan sebuah hotel di Jalan Kepong.

“Mereka ditahan reman selama enam dan tujuh hari untuk disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan,” katanya dalam sidang akhbar di IPK Kuala Lumpur di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE