Video oleh NUR NAZLINA NADZARI

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, antara kes tersebut termasuklah buruh paksa dan perhambaan seks.

"Pada tahun lalu, kita mencatatkan 410 kes pemerdagangan manusia. Polis juga akan memperbanyakkan kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam mempertingkatkan usaha membanteras kegiatan ini.

"NGO boleh memberi maklum balas kepada polis untuk meningkatkan perkhidmatan dan tambah baik prosedur operasi standard (SOP)," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Program Engagement bersama NGO berkaitan Isu Antipemerdagangan Manusia dan Antipenyeludupan Migran di Dewan Theatrette, Menara 1, Bukit Aman, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE