Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata, seramai 175 pelabur kerugian RM26 juta melalui pelaburan jongkong emas manakala enam lagi rugi sebanyak RM1.5 juta dalam pelaburan ‘oil bunkering’.

“Modus operandi sindiket ini adalah dengan menawarkan mangsa menyertai skim pelaburan emas dan ‘oil bunkering’ dengan dijanjikan pulangan lumayan.

“Pelaburan emas dijanjikan keutungan dua peratus sebulan manakala ‘oil bunkering’ dijanjikan sebanyak 15 peratus sebulan,” katanya pada sidang akhbar di Menara KPJ di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE