Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn. Bhd., T. S. Santharuban berkata, orang ramai boleh mendapatkan tiket percuma tersebut dengan setiap pembelian produk Kopi Wonda di MRT Bandar Damansara bermula pukul 7.30 pagi hingga 7.30 petang.

“Kita menyediakan 3,000 ti­ket MRT percuma ke mana-mana destinasi yang ingin dituju buat orang ramai yang membeli produk Kopi Wonda di kedai serbaneka MyNEWS stesen MRT Bandar Damansara pada hari pertama dan 3,000 tiket lagi akan ditawarkan pada hari kedua.

“Promosi pemberian tiket percuma ini hanya dilakukan di MRT Bandar Damansara dan kita turut menyediakan kaunter menebus tiket di situ bagi memudahkan orang ramai mendapatkan tawaran promosi ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Santharuban berkata, sambutan orang ramai terhadap IWCD 2018 amat menggalakkan hasil daripada pelbagai promosi menarik yang disediakan dengan kerjasama pelbagai rakan kongsi.

Katanya, IWCD yang dianjurkan buat kali kelima tahun ini sudah menjadi acara yang ditunggu-tunggu buat peminat Kopi Wonda kerana bukan sahaja memberi peluang kepada pelanggan mereka untuk menikmati rasa kopi terbaik, malah turut menawarkan pelbagai promosi menarik.

“Pada sambutan IWCD lalu, kita ada menyediakan promosi tol percuma kepada pengguna lebuh raya dan sambutan yang diterima sangat memberangsangkan.

“Jadi tahun ini, kita mengadakan promosi yang lebih menarik sejajar dengan tema tahun ini iaitu ‘The most Wonda-full time of the year agar acara ini disambut dengan gilang-gemilang oleh semua pelanggan,” katanya.

Bermula 28 Ogos hingga 2 September ini, para penggemar kopi boleh mendapatkan pek empat tin kopi Wonda dengan harga promosi RM4.99 di pasar raya terpilih selain promosi ‘Beli Satu, Percuma Satu Kopi Susu Wonda atau Mochaccino 340 mililiter di cawangan kedai serbaneka MyNEWS di seluruh negara.

Selain itu, antara promosi menarik IWCD 2018 adalah orang ramai boleh mendapatkan tiket wayang percuma dengan pembelian satu tin Kopi Wonda di TGV Cinemas.