Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (KJSPT) Kuala Lumpur, Asistan Komisioner Zulkefly Yahya berkata, antara kesalahan dilakukan termasuklah memandu laju dan melanggar lampu isyarat.

“Kadar kemalangan di ibu kota juga meningkat sebanyak 10 peratus daripada hari kebiasaan yang mencatatkan sebanyak 150 ke 200 kemalangan kecil setiap hari.

“Hari pertama dan kedua Op Selamat dijalankan jumlah kemalangan meningkat kerana orang ramai mula berpusu-pusu masuk ke ibu kota untuk membeli persiapan hari raya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas meninjau Op Bas yang dijalankan di luar perkarangan Terminal Bersepadu Selatan (TBS), di sini hari ini.

Operasi yang memberi tumpuan kepada pemandu bas dijalankan kira-kira 50 anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, JSPT Kuala Lumpur, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat dan Jabatan Pengangkutan Jalan. - UTUSAN ONLINE