Kesemua mereka yang berusia 14 hingga 26 tahun itu ditahan kira-kira pukul 3.45 pagi oleh Jabatan Siasatan Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang hasil risikan dan maklumat.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, kesemua remaja itu dikatakan menyewa kondominium terbabit dengn harga RM390 semalam untuk mengadakan parti liar.

Ujarnya, hasil risikan, kesemua mereka yang terdiri daripada pelajar institusi pengajian tinggi dan sekolah menengah itu dikatakan telah menerima undangan daripada penganjur yang menggunakan aplikasi Wechat dengan bayaran sebanyak RM60 bagi seorang.

“Dengan bayaran tersebut, penganjur terlibat juga turut membekalkan dadah jenis methamphetamine dan ganja kepada kesemua pelajar terbabit.

“Hasil ujian air kencing yang dilakukan, sebanyak 33 daripada mereka dipercayai positif dadah dan sehubungan itu, mereka kini ditahan reman sehinga Ahad ini bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE