Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, operasi yang melibatkan 267 anggota pelbagai agensi itu dilakukan di sekitar Jalan Alor dan Jalan Changkat.

“Dalam operasi ini, seramai 915 warga asing telah diperiksa dan hasilnya 440 daripada mereka ditahan kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE