Video oleh YATIMIN ABDULLAH

Rampasan tersebut dilakukan oleh kedua-dua agensi penguatkuasaan itu menerusi kerjasama Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang bermula pada 21 Disember hingga semalam.

Pengarah PPDNKK negeri, Datuk Ab. Ghani Harun berkata, sepanjang operasi itu pihaknya turut menahan empat lelaki warga tempatan berusia antara 35 hingga 65 tahun yang dipercayai terlibat dalam kegiatan haram itu.

Menurutnya, turut dirampas tiga buah kenderaan dan sebuah bot yang digunakan untuk menyeludup barangan kawalan itu ke negara jiran sepanjang tempoh operasi tersebut.

"Nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM37,049. Kita akan terus menjalankan kerjasama ini dalam usaha mengekang aktiviti penyeludupan itu daripada terus berleluasa," katanya dalam sidang akhbar di Markas Operasi PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pemangku Komander PPM Wilayah Tiga Superintenden, Mohamad Pajeri Ali dan Pegawai Pemerintan PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor, Asisten Superintenden Ahmad Amri Ab. Rahman. - UTUSAN ONLINE