Komander Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tengah, Senior Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji berkata, nilai rampasan di kedua-dua lokasi itu pula mencecah RM1.2 juta.

“Di Selangor kita berjaya menahan 193 orang dan merampas rokok, arak dan bakau dengan nilai keseluruhan RM188,222,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Komander Briger Tengah, di sini hari ini.

Pada majlis itu, Timbalan Komander PGA Briged Tengah, Asisten Komisioner Adzhar Othman menyerahkan tugas kepada Superintendan Chew Than Soon selepas bersara wajib.

Menurut Abdul Ghani, Op Nyah 1 di Johor pula berjaya menahan 156 individu dan merampas barangan seludup bernilai RM1.01 juta.

“Antara barangan seludup yang dirampas ialah  rokok, dadah dan kenderaan yang digunakan untuk menyeludup barangan dan manusia,” jelasnya. - UTUSAN ONLINE