Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

[VIDEO] 3 sindiket dadah tumpas

Rampasan lebih RM5.3 juta di tiga negeri

MOHD. MOKHTAR MOHD. SHARIFF (tengah) menunjukkan cecair kokain yang dirampas dalam sidang akhbar di
MOHD. MOKHTAR MOHD. SHARIFF (tengah) menunjukkan cecair kokain yang dirampas dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur, semalam. UTUSAN/ MD.SHAHJEHAN MAAMIN

KUALA LUMPUR 13 Sept. - Polis menumpaskan tiga sindiket pengedaran dadah dengan nilai rampasan mencecah RM5.33 juta menerusi penahanan sembilan individu termasuk dua lelaki warga Nigeria dalam operasi di tiga negeri, semalam dan kelmarin.

Hasil gerakan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dengan kerjasama Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) melibatkan tujuh serbuan di Kelantan, Kedah dan ibu negara membawa kepada rampasan dadah jenis kokain, ganja, syabu, pil yaba dan Erimin 5.

Kesemua dadah dipercayai dijual untuk pasaran tempatan mampu menampung penggunaan bagi lebih 500,000 penagih dadah di negara ini.



Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, dalam dua serbuan Isnin lalu di Changlun, Kedah, dua lelaki berusia 26 dan 42 tahun ditahan selepas didapati memiliki ganja seberat 87.4 kilogram yang dianggarkan berjumlah RM262,000.

“Manakala serbuan di Pasir Mas, Rantau Panjang dan Pasir Puteh, Kelantan semalam pula, tiga lelaki dan dua wanita berusia 23 hingga 42 tahun ditahan selepas menemukan 66.43 kilogram syabu, 26 pil yaba dan 10 pil erimin 5 dianggarkan berjumlah RM5 juta.

“Dalam serbuan sama, kita turut menyita pelbagai barangan kemas, sebuah kereta Perodua Viva dan wang tunai RM10,000 dengan nilaian keseluruhan sebanyak RM56,000,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Mokh­tar turut memaklumkan hasil da­ripada perkongsian maklumat antara Agensi Penguatkuasaan Dadah Amerika Syarikat (DEA), polis melakukan dua serbuan di Taman Puncak Desa sebelum menahan dua warga Nigeria berusia 36 dan 38 tahun.

Ujarnya, hasil serbuan itu turut menemukan 263 gram cecair kokain yang diisi dalam tiga botol dan 1.2 kilogram ganja selain menyita harta berjumlah RM2,603.

“Kesemua tangkapan direman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Kejayaan ini adalah hasil jalinan kerjasama yang erat dan perkongsian maklumat dengan agensi penguat kuasa dadah antarabangsa khususnya (DEA) selain masyarakat dalam membanteras kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah,” jelasnya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain