Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden Mansor Samsudin berkata, dalam operasi Lejang Khas pada 7 Mac lalu itu, polis turut menahan dua suspek yang dipercayai orang tengah dan 16 pembeli kenderaan berkenaan.

“Ekoran tangkapan ini, polis percaya dapat menyelesaikan 21 kes di Pahang, Terengganu, Selangor, Kuala Lumpur, Kelantan dan Perak,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE