MELAKA 13 Ogos 2018 Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten
 

Dua video yang masing-masing berdurasi 36 saat dan dua minit 10 saat itu tersebar dengan memaparkan tindakan kedua-dua guru berkenaan memukul, menampar serta menggunakan kekerasan terhadap kanak-kanak yang dihantar ke pusat itu.

Kejadian dipercayai berlaku pada 30 Julai lalu dan polis menahan kedua-dua guru wanita terbabit yang berusia 21 dan 40 tahun kelmarin selepas pengurusnya membuat laporan berhubung kejadian itu.



Ketua Polis Da­erah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad (gambar) ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan yang dibuat pengurus pusat perkembangan kanak-kanak itu yang berusia 40 tahun.

“Sebaik sahaja menerima laporan itu, polis menahan kedua-dua guru wanita berkenaan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001.

“Setakat ini polis telah mengambil keterangan daripada kedua-dua wanita ber­kenaan dan kita akan melengkapkan siasatan sebelum tindakan selanjutnya diambil,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Seorang ibu kepada kanak-kanak yang terlibat tidak menyangka video tular tersebut melibatkan anak perempuan sulungnya berusia tiga tahun.

“Saya tidak sangka mereka sanggup lakukan anak saya sedemikian, sedang­kan di depan saya, mereka baik,” ujar wanita itu yang ha­nya mahu dikenali sebagai Nor, 27 tahun.

Dalam pada itu Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan negeri, Ginie Lim Siew Lin dalam satu kenyataan memaklumkan, dua guru wanita terbabit diberhentikan kerja oleh majikan mereka serta-merta.