Op Bersepadu dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk Jabatan Pendaftaran Negara dan Angkatan Pertahanan Awam itu juga telah menjalankan pemeriksaan terhadap 3,750 warga asing.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, dalam operasi yang dijalankan oleh Jabatan Imigresen Putrajaya, sebanyak 218 daripada 418 PATI yang diperiksa telah ditahan di sebuah pusat hiburan dan dua kediaman sekitar Lembah Klang atas pelbagai kesalahan imigresen.

ANTARA PATI yang ditahan Jabatan Imigresen dalam Op Bersepadu di seluruh negara hari ini. - UTUSAN O

ANTARA PATI yang ditahan Jabatan Imigresen dalam Op Bersepadu di seluruh negara hari ini. - UTUSAN ONLINE

“Sejak 1 Januari hingga Khamis lalu, kita telah melakukan pemeriksaan ke atas 40,321 dalam 2,646 operasi yang dijalankan di seluruh negara.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 9,452 PATI ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen antaranya tinggal lebih masa, memasuki negara ini tanpa dokumen yang sah dan menyalahgunakan pas lawatan sosial,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

ANTARA PATI yang ditahan Jabatan Imigresen dalam Op Bersepadu di seluruh negara hari ini. - UTUSAN O

ANTARA PATI yang ditahan Jabatan Imigresen dalam Op Bersepadu di seluruh negara hari ini. - UTUSAN ONLINE

Menurut Khairul Dzaimee, tangakapan tertinggi melibatkan warga Indonesia iaitu sebanyak 3,261 diikuti Bangladesh (2,378) serta Filipinan (849) manakala bakinya adalah dari lain-lain negara.

Beliau berkata, pihaknya turut menahan 176 majikan sepanjang tempoh berkenaan, manakala 151 majikan didakwa dan diambil tindakan.

“Kementerian Dalam Negeri melalui Jabatan Imigresen akan mengambil segala langkah yang perlu untuk menangani isu-isu berkaitan PATI dan kerajaan tidak akan berkompromi dalam memastikan majikan dan pekerja asing mematuhi undang-undang negara,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE