Ini berdasarkan dua gambar mangsa dan suspek yang dimuat naik di laman sosial Facebook milik suspek menunjukkan mereka serta beberapa rakan bersiar-siar di pusat beli-belah KLCC.

Sekeping lagi gambar suspek dan beberapa rakan sedang membeli barangan di sebuah pusat beli-belah di Shah Alam turut dimuat naik di Facebook milik Velentino.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Se­nior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad ketika dihubungi mengesahkan yang suspek dan mangsa saling mengenali.

Beliau yang enggan mengulas lanjut ketika ditanya sama ada kejadian berpunca daripada perselisihan faham antara kedua mereka memberitahu, pihaknya masih menyiasat motif kejadian dan sedang meneliti semua aspek.

“Kita telah mendapatkan pe­rintah tahanan reman terhadap suspek selama seminggu bermula hari ini sehingga 7 September ini di Mahkamah Majistret Petaling Jaya bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Difahamkan, polis akan me­minta rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari beberapa premis berhampiran Balai Polis Pinggiran USJ bagi membantu siasatan.