Ketua Polis negeri , Datuk Hasanuddin Hassan berkata, statistik itu agak membimbangkan dan memerlukan kerjasama daripada pelbagai pihak untuk membendungnya.

Katanya, kesemua murid dikesan positif dadah hasil ujian air kencing yang dilakukan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Ada dalam kalangan mereka yang masih muda seawal usia 9 tahun sudah dikesan mula berjinak dengan gejala itu.

"Punca golongan muda ini terjebak adalah disebabkan pengaruh rakan sebaya dan perasaan ingin mencuba. Ibu bapa perlu memainkan peranan dengan mengawasi pergaulanan anak-anak mereka," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam Majlis Pelancaran Minggu Disiplin, Pertauliahan Pengawas dan Ketua Tingkatan serta Perhimpunan Bulanan Kokurikulum di Sekolah Menengah Kebangsaan Hamzah, di sini hari ini.

Seramai 180 murid termasuk pengawas dan ketua darjah sekolah berkenaan menerima surat tauliah berkenaan. - UTUSAN ONLINE