Naib Canselornya, Prof. Datuk Seri Dr. Daing Nasir Ibrahim berkata, universiti itu akan memberi fokus kepada Inovasi Nilai 4.0 yang memberi kesan kepada organisasi dan membawa manfaat kepada yang lain.

"UMP harus menawarkan pembelajaran dan penyelidikan terhadap penyelesaian masalah dalam industri dan teroka peluang baharu.

"Ini termasuk segmen dan pendekatan yang baharu," katanya kepada pemberita selepas Majlis Amanat Naib Canselor UMP 2018 bertemakan Inovasi Nilai 4.0: UMP di Lautan Biru di Kompleks Sukan UMP Kampus Gambang di sini hari ini yang dihadiri  lebih 5,000 warga institusi pengajian tinggi tersebut.

Yang hadir sama Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMP, Prof. Datuk Dr. Yuserrie Zainuddin; Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) universiti itu, Prof. Datuk Dr. Mashitah Yusoff;  Timbalan Naib Canselor (Adademik dan Antarabangsa) UMP, Prof. Datuk Dr. Rosli Mohd. Yunus dan Pendaftar UMP, Abd. Hamid Majid. - UTUSAN ONLINE