Kejadian itu berlaku di Relau di sini kira-kira pukul 6 pagi kelmarin yang mana suspek, turut mengugut menoreh muka isterinya iyang juga berusia 51 tahun dengan pisau sekiranya mahu bercerai.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, bimbang dengan keselamatannya, mangsa kemudian membuat laporan polis dan mendakwa mukanya turut ditekan oleh suspek dalam kejadian awal pagi itu.

Tambah beliau, pasangan itu sudah berkahwin sejak 26 tahun lalu dan mempunyai dua orang anak masing-masing berusia 26 dan 24 tahun.

"Siasatan awal juga mendapati mangsa sebelum ini sudah membuat lima laporan polis terhadap suaminya itu kerana mengugut dan memukulnya.

"Suspek kini direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya. - UTUSAN ONLINE