Majistret Mohd. Azali Ibrahim memutuskan demikian selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan melibatkan A. Suayri, 56.

Mohd. Azali kemudian menjatuhkan hukuman penjara sembilan bulan dan denda RM10,000 terhadap tertuduh.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan pembelaan untuk menangguhkan pelaksanaan kedua-dua hukuman tersebut sementara menunggu rayuan dan jumlah jaminan dinaikkan kepada RM5,000 dengan seorang penjamin.

Mengikut pertuduhan, Suayri didakwa telah mengugut Datuk Suraj Singh Jaswant Singh, 45, dengan mengeluarkan kata-kata ugutan hendak menyebabkan cedera parah dan kematian di Lake View Club SS12, Subang Jaya, Jalan SS 12/1 Subang Jaya di sini pada pukul 11.35 malam, 24 Mei 2014.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya. - UTUSAN ONLINE