Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini, syarikat itu mengetahui berkenaan penahan dua pegawainya iaitu Timbalan Pengurus Besar dan Pengarah Projek Selatan 1 serta pembantu peribadi kepada Timbalan Pengurus Besar terbabit.

“Sebagai sebuah syarikat yang mengamalkan toleransi sifar terhadap rasuah, kami akan terus memberikan kerjasama penuh kepada SPRM dalam siasatan tersebut,” kata kenyataan itu.

Semalam, SPRM menahan tujuh individu termasuk dua pegawai dari sebuah syarikat milik kerajaan (GLC) kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dengan meminta serta menerima rasuah antara tahun 2013 dan 2017.

Maklumat awal diperoleh oleh pasukan penyiasat mendapati terdapat bayaran yang mencurigakan melebihi RM2.4 juta dimasukkan ke akaun bank milik Timbalan Pengurus Besar syarikat dan isterinya daripada la­pan buah syarikat kontraktor melalui empat orang proksi yang turut ditahan pada hari sama. - UTUSAN ONLINE