Mohd. Azly Kamrudin, 31, dari Kampung Feri Pontian, Kuala Rompin membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Datuk Habibah Mohamed Yusof.

Dia didakwa menandatangani dokumen perakuan pengesahan kerja yang sudah disiapkan iaitu surau di perumahan Pontian Jaya berjumlah RM65,340.

Dalam pada itu, di mahkamah sama, dua kakitangan Jabatan Penerangan negeri mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan membuat tuntutan palsu berhubung pembekalan makanan dan minuman pada Program Penghayatan 1Malaysia di Cameron Highlands tiga tahun lalu.

Samsuri [email protected], 41, dan Zuraini Uda, 35, yang masing-masing merupakan Penolong Pegawai Penerangan dan Pembantu Penerangan didakwa melakukan kesalahan itu pada Ogos dan November 2014 di Pejabat Penerangan Cameron Highlands.

Mereka didakwa menggunakan invois bertarikh antara 11 Ogos hingga 7 November 2014 berjumlah RM1,950 untuk pembekalan makanan dan minuman pada program berkenaan yang mana dalam pengetahuan mereka pembekalan itu tidak dilaksanakan.

Mahkamah menetapkan 19 September ini untuk sebutan semula kes. - UTUSAN ONLINE