Menerusi hantaran dalam laman Facebook miliknya, Nurul Najihah Mohd. Radzi, 25, terus menitipkan kata-kata semangat buat anggota dari Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya.

“Disember, menghitung hari untuk kita kamu. Hari yang kita dua tunggu. Semoga kamu kuat...orang tunggu kamu,” katanya.

Menerusi status tersebut netizen turut membe­rikan kata-kata semangat kepada Nurul Najihah antaranya mendoakan agar majlis perkahwinan mereka dapat diteruskan seperti yang dirancang.

Antaranya Nur Farhanim menulis; “Sa­ya dan keluarga akan selalu doakan Muhammad Adib cepat sembuh, moga perkahwinan kalian nanti akan berkekalan hingga akhir hayat. Semoga dipermudahkan urusan.

Aimuni Nazili pula berharap Nurul Najihah bersabar dan mendoakan majlis tersebut berjalan lancar.

“Sabar awak, saya faham perasaan tu macam mana. Ber­debar, gugup semua ada. Moga Allah lancarkan per­kahwinan awak nanti,” katanya.

Muhammad Adib masih mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara akibat diserang perusuh di kuil tersebut, baru-baru ini.