Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, dakwaan rampasan wang palsu itu tidak benar dan gambar itu diambil seorang individu melalui sedutan filem dipercayai Abang Long Fadhil 2 yang membuat penggambaran di sekitar pelabuhan itu pada 2015.


“Kita telah melakukan siasatan berhubung gambar-gambar yang disebarkan di laman sosial itu dan hasilnya mendapati ianya gambar daripada sedutan filem Abang Long Fadhil 2.

“Pengambaran filem ini dijalankan di sekitar kawasan Pelabuhan Klang dan beberapa anggota polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan turut terlibat dalam penggambaran tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE.