Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, mangsa ialah Ng Kim Fan, 62, yang berasal dari Bukit Beruntung, Rawang, Selangor.

Katanya, mayat mangsa ditemukan adiknya yang datang ke rumah itu pada pukul 11 pagi.

"Semasa datang, pintu rumah itu berkunci dan adiknya terpaksa memecahkannya sebelum berjumpa mayat mangsa," katanya dalam kenyataan di sini.

Adzli berkata, berdasarkan pemeriksaan, lelaki itu tinggal seorang diri di dalam premis berkenaan setelah isterinya meninggal dunia beberapa tahun lalu, manakala anak-anak mereka menetap di Selangor.

Katanya, siasatan awal mendapati kematian mangsa itu tiada kaitan dengan unsur jenayah.

"Bedah siasat akan dilakukan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani esok," kata beliau. - UTUSAN ONLINE