Mangsa, Jamilah Mat Shaari, 33, yang sudah menetap di Malaysia sejak 10 tahun lalu itu ditemukan adik iparnya kira-kira pukul 5 petang.

Menurut adik ipar mangsa, Suridah Sadrum, 34 tahun, berdasarkan keadaan mangsa dia percaya kakak iparnya itu disamun dan dirogol sebelum dibunuh.

“Keadaan rumah berselerak malah barang berharga miliknya juga didapati hilang,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian pada pukul 7.45 malam.

"Pemeriksaan awal di tempat kejadian mendapati seorang wanita warga Indonesia ditemukan terbaring dalam sebuah rumah.

"Mangsa berusia lingkungan 30-an dan bekerja sebagai tukang cuci dan siasatan lanjut masih dijalankan," katanya. - UTUSAN ONLINE