Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd. Taib Ahmad berkata, lelaki

berusia 48 tahun itu ditahan pukul 9.20 pagi selepas pihaknya menerima maklumat daripada pekerja hotel berkenaan yang curiga dengan tindak-tanduk lelaki berkenaan.

"Lelaki dan kanak-kanak perempuan ditemukan dalam keadaan separuh bogel dengan hanya memakai tuala tanpa baju ketika pintu bilik hotel yang didiami mereka itu dibuka.

"Siasatan awal mendapati, kanak-kanak perempuan itu mendakwa bapa saudaranya itu kerap membawanya keluar dan kejadian seumpama itu adalah kali kedua berlaku," katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Mohd. Taib berkata, pihaknya akan mendapatkan permohonan tahan reman terhadap suspek yang berasal dari Taman Saleng Indah, Senai dan sudah berkahwin serta mempunyai tiga anak berusia 25 tahun hingga 28 tahun, bermula hari ini. - UTUSAN ONLINE