Kesemua mereka yang berusia dalam lingkungan 20-an dan 30-an terdiri daripada lima warga Thailand dan dua warganegara China.

Menurut jurucakap Jabatan Imigresen negeri, ketika pemeriksaan dilakukan, pihaknya juga telah menahan empat lelaki tempatan yang merupakan pelanggan di situ.

Katanya, turut ditahan seorang lelaki warga Bangladesh yang melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(1) Akta Imigresen 1959/63.

“Ketika pemeriksaan dijalankan, anggota penguatkuasa turut menemui beberapa barangan seperti kondom yang disyaki digunakan untuk aktiviti tidak bermoral di pusat berkenaan,” katanya. - UTUSAN ONLINE