Suspek ahli Geng Kargo Ondong berusia di antara 29 hingga 52 tahun itu dicekup dalam operasi sekitar negeri ini, Kedah dan Perak.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A.A. Anbalagan berkata, suspek dikatakan telah melakukan kegiatan berkenaan sebanyak tiga kali pada tahun lalu yang melibatkan kerugian kira-kira RM8.3 juta.

“Siasatan mendapati, suspek melakukan kegiatan ini sebanyak tiga kali iaitu pada 27 Mac tahun lalu membabitkan 1,751 unit bernilai RM2.1 juta dan pada 9 April tahun lalu membabitkan 2,561 unit (RM2.8 juta).

“Kegiatan itu terbongkar selepas pihak syarikat melaporkan kehilangan kali ketiga pada 27 Disember lalu melibatkan kehilangan 2,871 unit mikropemproses bernilai RM3.2 juta,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE