Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, kesemua suspek berusia 22 hingga 38 tahun itu bekerja sebagai pengawal keselamatan di beberapa syarikat swasta di sekitar Lembah Klang.


“Tangkapan itu susulan daripada serbuan dilakukan ke atas sel ASG pada 30 Ogos lalu yang merancang untuk melancarkan serangan pada upacara penutupan Sukan Sea ke-29 dan perbarisan Hari Kemerdekaan ke-60.


“Mereka ditahan di bawah Bab VIA - Kesalahan Berkaitan Keganasan, Akta 574 Kanun Keseksaan dan akan disisasat mengikut prosedur di bawah Akta 747 Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012.- UTUSAN ONLINE