Portal berita Detik.com melaporkan sindiket berkenaan telah memperolehi pendapatan kira-kira RM15,000 daripada penghantaran toyol itu.

Dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Sulawesi Selatan, semalam, seorang suspek memaklumkan asalnya dia dan rakan-rakan merupakan pemandu Grab, tetapi sering tertipu dengan tempahan yang tidak wujud.

Oleh kerana terdesak perlu membayar bulanan hutang kereta mereka mula melakukan penipuan tersebut sejak awal bulan ini.

Mereka dikatakan telah menggodam aplikasi berkenaan untuk memperolehi akses kepada sistem elektronik Grab.

Jurucakap polis, Komisioner Dicky Sondani berkata, mereka mempelajari penipuan itu melalui internet dengan menggunakan akaun Grab yang berbeza-beza untuk menghantar lokasi palsu.

"Mereka kelihatan pada pengendali GPS sedang menghantar pelanggan, sehingga jumlah perjalanan yang melayakkan dibayar bonus," katanya.