Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri Mahasan Mustapa berkata, di antara kesalahan tersebut ialah menggunakan lorong kecemasan; melanggar lampu isyarat dan menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

Menurutnya, selain itu memotong digarisan berkembar dan kiri; tidak memakai tali keledar dan topi keledar bakal berdepan tindakan yang sama.

"Tujuh kesalahan ini akan terus dihadapkan ke mahkamah dan tidak akan dikenakan kompaun," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Kempen Keselamatan Jalan Raya JPJ sempena Hari Raya 2017 di hadapan Hotel Perdana di sini hari ini.

Program tersebut turut mendapat kerjasama dari hotel berkenaan. - UTUSAN ONLINE