Mayat pemilik rumah, K. Kamala, 57, dan penyewanya, S. Silvaraja, 59, ditemukan oleh anak perempuan Kamala yang berusia 31 tahun pada pukul 9 pagi tadi selepas pulang bekerja dari Singapura.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Kamarudin Md. Din berkata, mayat kedua-dua mangsa ditemukan dengan kesan tikaman menggunakan senjata tajam dipercayai parang.

"Anak mangsa menjumpai mayat ibunya, Kamala di dalam bilik tidur, manakala mayat Silvaraja di ruang tamu.

"Siasatan dibuat mendapati Kamala ditetak di bahagian belakang leher, manakala Silvaraja dikelar di leher," katanya ketika melawat lokasi kejadian, sebentar tadi.

Mohd. Kamarudin berkata, sehubungan itu polis sedang menjalankan siasatan dari pelbagai sudut dan pada waktu ini tiada tangkapan dibuat.

"Kita percaya kejadian ini melibatkan sekurang-kurangnya dua orang suspek yang dikenali mangsa," katanya. - UTUSAN ONLINE