Perintah reman sehingga esok itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret, Roslan Mohd. Nor ketika bekas pelakon terbabit dibawa oleh pihak polis ke Mahkamah Majistret Ampang dekat sini hari ini.

Boy Iman, 38, direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana dipercayai bertanggungjawab menyebabkan kerugian beberapa mangsa dalam projek pembinaan rumah banglo.

Difahamkan, beberapa mangsa di Ampang yang mengalami kerugian sehingga mencecah puluhan ribu ringgit telah membuat laporan polis terhadap pelakon telefilem Blok 404.

Pada 3 Oktober tahun lalu, Boy Iman ditahan bersama dua pemilik syarikat Juta Kelulut Global Resources dalam dua tangkapan berasingan di Balai Polis Bukit Indah, Ampang dan sebuah kondominium di Setapak.

Ketiga-tiga suspek berusia antara 29 hingga 45 tahun itu ditahan berhubung penipuan projek pembinaan rumah banglo yang melibatkan jumlah kerugian sehingga RM6.2 juta. -UTUSAN ONLINE