Suspek berusia 33 tahun itu ditahan kira-kira pukul 5.15 petang di Jalan Tun Razak selepas pihak polis menerima 89 laporan polis berhubung penipuannya.

Difahamkan, suspek yang merupakan ketua pegawai eksekutif syarikat telah melakukan kegiatan tersebut sejak dua tahun lalu dengan menawarkan pelaburan melibatkan produk kecantikan dan kesihatan yang menggunakan nama bapanya.

Dalam pada itu, suspek yang ditahan semenjak dua hari lalu akan dibebaskan dengan jaminan polis hari ini. - UTUSAN ONLINE